Monday, January 25, 2016

Types of writing...

Assalam warahmatullah hiwabarakah...

Hai kesayanganku...

Apabila kita membicarakan mengenai penulisan, ramai yang masih ragu-ragu mengenai kegunaan jenis penulisan untuk bidang yang mana.  Sekarang ini memang banyak jenis penulisan, ada yang digunakan untuk penerbitan, pengiklanan, penulisan korporat, pemasaran, penjenamaan dan promosi dan ada juga sebagai jenis pemberitahuan.

Kini, ada juga penulisan untuk promosi di media sosial, penulisan blog, transcribing, penulisan e-book, ghost writer dan sebagainya.  Apabila kita memahami setiap konsep penulisan ini, kita akan tahu di mana kita harus gunakan ia.  Terutama apabila klien meminta kita menyediakan penulisan tertentu mengikut musim kempen mereka.

Dengar seperti...menulis, mudah sahaja.  Ia tidak semudah menyebutnya, namun tidak sesukar mana jika kita mahu belajar, banyak membacam banyakkan membuat kajian dan juga rajin membuat latihan.  Daya kreativiti pastinya sangat-sangat penting kerana seorang penulis yang terlampau, mempunyai daya imaginasi dan forecaster yang sangat tajam.

Contohnya : Jika seseorang klien inginkan anda membuat pemasaran untuk produk/servis syarikatnya, peranti pemasaran apakah yang paling asas untuk anda cadangkan kepada klien?

Pastinya :


  • Penulisan artikel
  • Surat berita (newsletter)
  • Kenyataan akhbar
  • Risalah/flier
  • Medium online : Melalui Facebook/Instagram/Twitter/e-mel/blog 
  • dan pelbagai lagi
Fahamkah anda mengenai pemasaran atau marketing?  Apakah membezakan pemasaran dengan promosi dan penjenamaan (promotion & branding)?

Pemasaran dalam bahasa paling mudah ialah department untuk menjana jualan/sales.  Juga jabatan yang menentukan produk placement...tempat yang tepat untuk meletakkan produk/servis sesebuah syarikat.  Kadang-kala, pemasaran juga akan menjadi jabatan yang memperkenalkan produk/servis baharu di pasaran, selain daripada bahagian penjenamaan dan promosi.

Apakah perbezaan antara pemasaran, penjenamaan dan promosi?  Mudah sahaja...peranan!  Penjenamaan dan promosi akan memastikan sesebuah produk/servis itu berjalan seiring dengan jenama, imej dan faedah produk/servis tersebut. Memang selalunya, bahagian penjenamaan dan promosi akan berjalan seiring.

Jika sesebuah jabatan itu berlainan daripada sudut peranan dan hasilnya, maka begitu juga dengan penulisannya.  Kita harus bijak memainkan bunga dan susunan bahasa agar mencapai sasaran yang dikehendaki iaitu sama ada daripada sudut memperkenalkan produk/servis, memberitahu produk/servis itu sudah berada di pasaran dan di mana mendapatkannya, promosi yang diadakan contohnya daripada sudut contest, kumpul dan menang dan sebagainya, survey kepenggunaan, tagline dan strapline jenama dan imej produk dan sebagainya.

Kalau mahu dicerita mengenai peranan penulisan di dalam pemasaran mahupun penjenamaan.pengiklanan sesebuah produk/servis memang panjang.  Pendek kata, setiap penulis kopi atau marketing writer atau perhubungan awam mahupun content writer pasti akan ada cara untuk menjalankan peranannya supaya mesej sampai kepada audien sasaran.

Jangan segan mencari ilmu...

Hire me to inspire!
XOXO
Jaja Ismail



No comments:

Post a Comment