Assalam warahmatullah hiwabarakah.
Do you love saying things or commenting about issues? Do you love to viral stories without knowing whether betul atau tidak? Oh well, nowadays, memang begitulah sikap semua orang. Kita sekarang dalam era 'free world' atau dunia tanpa sempadan. We can browse and share things sebebasnya. And sekarang ini, memang ramai yang jadi 'wartawan tak bergaji'. Semua ada hot stories to share sampai wartawan buat gosip atau cerita hot macam dah tak laku...ala2 bikin panas tu, tak payah nak tunggu Melodi or MeleTOP or HLive ke apa...ramai kat luar ni yang lagi pantas bagi berita...siap ada sumber pulak. Sahih atau tidak, semua dah tak penting.
What is my opinion tentang ini...KEYBOARD WARRIOR ...you guys merosakkan nama professional writers and journalists. Sebab apa...? Kerana apabila orang sebut pasal Keyboard Warrior ni ramai yang akan kaitkan dengan nickname, 'wartawan tak bergaji' atau 'penulis gosip' atau 'wartawan sensasi' dan macam2 lagi sedangkan most of them, bukan berkerjaya sebagai journalist or writer pun.
Ethics and manners...dua ini sangat penting apabila kita bergelar penulis/pemberita/wartawan. Saya tahu ramai juga dalam bidang kerjaya ini yang tidak beretika dan beradab, main langgar sahaja privacy orang. But ramai juga yang masih percaya dan pegang kepada prinsip ini...like me. Saya sangat berpegang kepada etika dan adab, dan saya akan layan orang macamana saya mahu dilayan. Saya tidak suka orang langgar privacy saya dan kerana itu, saya tidak akan sesuka hati melanggar privacy orang lain. Sekiranya saya menemuramah orang popular sama ada selebriti atau orang kenamaan, when they say..'Jaja, ini off the record ye...' I will hold to that. Saya hormat privacy itu biarpun apa yang mereka share itu sangat juicy untuk dipublish. Inilah yang sangat sukar untuk dipraktikkan oleh ramai juga wartawan/penulis.
Keyboard warrior ini seumpama seperti jihadist...tulis dalam nada berani dan seolah-olah mencabar. Malahan, kadang-kala views mereka ada yang bernas (which sometimes I do respect some of them yang masih ada etika dan adab) but ramai yang membahaskan dan menegakkan sesuatu yang terang2 tiada bukti, dan fitnah. Sesuatu yang tiada bukti dan sesuatu yang belum sahih benar, janganlah pandai2 kita menghukum. Paling saya kecut perut ialah waktu PRU...saya memang akan shut down from any social medias during this period sebab too many fitnah, too many kata2 kesat and too many 'wartawan tak bergaji' ni yang sedang menabur fitnah. Saya tak tahan nak baca...rasa sedih.
Why can't kita semua berada dalam lingkungan bidang kuasa masing2...hal politik biarlah mereka yang berada dalam politik selesaikan, kita as rakyat or as voter ini boleh suarakan but jangan memfitnah atau menimbulkan huru hara. Sebab kesannya sangat negatif. Begitu juga dalam bidang lain-lain. Kita mahu kekal harmoni bukan mahu hidup dalam negara yang kucar kacir dan hiruk pikuk dengan kata-kata kesat dan nesta.
Yang beragama Islam, berpeganglah kepada Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Ingatlah, akhlak tu sgt penting kerana akhlak akan menjadikan kita lebih berfikiran waras dalam tindakan.
Just my 2 cent.
No comments:
Post a Comment