Saturday, February 13, 2016

Creative writer

Assalammualaikum wbt...

Apabila kita nampak the post of 'creative writer', apa sebenarnya yang terbayang akan pekerjaan itu? Penulis Kreatif bukan sekadar boleh menulis, namun bonusnya ialah apabila individu itu mempunyai kemahiran dalam mengendalikan fotografi atau kerja kreatif selain menulis.

Pengendalian fotografi...adakah kita seharusnya mempunyai pengetahuan yang mega mengenai fotografi?  Kalau ada, lagi bagus.  Kalau tiada, namun mempunyai minat sudah memadai kerana along the way, anda boleh belajar melalui jurugambar.  Ingat!  Jangan malu bertanya.  Jangan segan untuk menuntut ilmu.  Jika ada tetapi sedikit ilmu mengenai fotografi, tambah lagi supaya anda boleh menerokai lebih banyak jenis kreativiti, tak rugi pun.

Secara peribadi, saya minat dengan seni fotografi.  Bagi pendapat saya, fotografi ini jenis kemahiran atau skill yang sangat unik.  Bayangkan, pelbagai jenis mood dan efek boleh diperolehi hanya melalui lensa kamera dan lampu tambahan.  Cool kan?  Melalui pengalaman mengendalikan sesi fotografi untuk fesyen, hiburan, muka depan majalah dan lain-lain ruangan sama ada untuk editorial iklan atau sekadar isi kolum, setiap segmen mempunyai mood yang berbeza.  Malahan, pembikinannya juga berlainan.

Contoh, sesi foto untuk ruangan fesyen.  Firstly, konsep.  Atau melalui klien, kita dapat set pakaian dan baharu pilih konsep mengikut kempen klien.  Sekiranya kita pilih konsep dan baharu mahu mencari set pakaian, juga boleh.  

Selepas itu, model yang bersesuaian, jurusolek dan lokasi.  Sekiranya perlu, kita mahukan props tambahan untuk memenuhi konsep, sediakan.  

Ramai yang akan fikir, bagaimana memilih konsep?  Mudah...buat homework.  Contohnya, jika tema bulan itu ialah hari raya, maka persediaan konsep haruslah memenuhi mood hari raya.  Jika temanya, untuk si berbadan besar, maka konsep yang dipilih haruslah seiring.  Gunakan kreativiti.  Ramai yang akan play safe atau lebih kepada cliche.  Sekiranya hari raya, mesti ada ketupat riben, paling tidak pun lemang, rumah kg ataupun masjid.  Jika kita boleh stretch sikit idea itu, konsep itu boleh dipelbagaikan dengan konsep di dalam kereta ketika mahu pulang ke kampung, atau berbentuk story iaitu dr persiapan hari raya sehingga ke malam raya dan sebagainya.  Kita bawa pembaca atau audiens untuk berada dalam konsep yang kita cipta, baharu lah mereka akan terbuai dan berasa part of it.  Maka, baharu lah misi itu berjaya.

Kembali kepada tugas Penulis Kreatif, biasanya tugas itu akan meliputi tugas seorang penulis kopi atau copy writer.  Menjurus ke arah pengiklanan, promosi, penjenamaan dan pemasaran.  Kadang-kala, seorang penulis kreatif akan terlibat dengan proses klip iklan, skrip iklan, strapline dan sebagainya.  Bunyinya mudah namun akan sukar sekiranya anda tidak kreatif sangat.  Ia akan menjadi sangat menyeronokkan sekiranya anda bersedia menggunakan keseluruhan otak kiri dan kanan untuk menghasilkan strapline atau iklan yang da bom!

Kreativiti tiada batasan...biarkan imaginasi anda menerawang, mungkin kadang-kala ke daerah yang tak masuk akal...namun, tidak salah bermimpi...jadikan ia satu realiti.

Good luck!

Hire me to inspire
XOXO
Jaja Ismail

No comments:

Post a Comment